Friday, May 29, 2009

Majlis Makan-Makan 10 Tahun MyPenguin99

Majlis Makan-Makan 10 Tahun MyPenguin99


Tarikh : 30hb Mei 2009
Masa: 8.00 mlm - 11.55 mlm

Restoran Al-Esfan Jalan Imbi. Seberang jalan Berjaya Time Square. (Monorel Imbi)


Hubungan : Arafat (014-3251178) atau Linuxmalaysia (019-6085482)

Jangan lupa Hackathon 31 May 2009 dan Majlis Pelancaran OSDC.my 1 Jun 2009.

Berminat OSDC.my? email me linuxmalaysia@gmail.com

Mypenguin99

Tuesday, May 26, 2009

What Interesting In MSC Malaysia Open Source Conference 2009

What Interesting In MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Date: 31st May until 3rd June 2009
Time: 9:00 to 17:00 (9:00 AM until 5:00 PM)

Location:
Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre
Level 14, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia


MSC MALAYSIA Client Contact Centre (CLiC)
1-800-88-8338 (within Malaysia)
+603 8315 3000 Email : clic@mdec.com.my

Facebook Fan Page:

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 gather together almost 87
local and international speakers which cover various topic in
Information Communication Technology focusing on Free and Open Source
Softwares (FOSS). FOSS is an option for ICT solutions which should be
taken seriously by various parties in Malaysia.

Our speakers come from ICT giants such as Google, Red Hat, Novell,
Microsoft, Sun Microsystem, Mimos, Canonical and several more which
will share their experience and knowledge for FOSS development in
Malaysia. So, why not you come in and JOIN THE FUN??!.

This conference also gather together experienced developers who are
involved in software development using FOSS. For you who want to know
more about Python, Perl, Java, Fedora, Ubuntu, etc, this conference is
an event which you DONT WANT TO MISS!.

More details can be acquired from the conference official website at

Registration open until 1 June 2009. Freebies are only for early
registrants, as stock is limited. Therefore, REGISTER NOW!.

Free entry to public during Hackathon day 31 May 2009.

Archive

Yang Menarik Tentang MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Saturday, May 23, 2009

Apa Yang Menarik MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Apa Yang Menarik MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Tarikh : 31 Mei hingga 3 Jun 2009
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang

Tempat :-

Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre
Tingkat 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman web : http://www.mscmalaysia.my/osconf

MSC MALAYSIA Client Contact Centre (CLiC)
1-800-88-8338 (within Malaysia)
+603 8315 3000 Email : clic@mdec.com.my

Laman Peminat Di Facebook
http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Conference-2009/97810422651

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 mengumpulkan hampir 87 orang penceramah dalam dan luar negeri yang meliputi pelbagai tajuk dalam dunia teknologi dan sistem maklumat (ICT). Tumpuan adalah diberikan kepada Open Source Software (OSS). OSS merupakan satu pilihan dalam penyelesaian ICT yang perlu diambil serius oleh pelbagai pihak di Malaysia.

Penceramah-penceramah dari syarikat-syarikat besar seperti Google, RedHat, Novell, Microsoft, SUN, MIMOS, Canonical dan pelbagai lagi akan kongsikan pengalaman dan ilmu untuk perkembangan OSS di Malaysia. Mengapa tidak anda?

Persidangan ini turut mengumpulkan penceramah-penceramah yang membina sendiri perisian mereka dengan OSS. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pyhton, Perl, Java dan pelbagai lagi ini merupakan tempat dikumpulkan kumpulan pakar ini.

Persidangan ini turut menyediakan penceramah yang meliputi bidang sokongan kepada pembinaan perisian seperti keselamatan ICT dan infra sokongan seperti sistem cluster dan DNS.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi http://www.mscmalaysia.my/osconf

Semua diatas adalah dengan bayaran penyertaan yang teramat murah bagi persidangan sebesar ini. 4 hari penuh acara dalam 3 bahagian serentak dan satu hari percuma untuk semua, adalah pada Hari Hackathon. Makan dan minum turut disediakan.

Pendaftaran persidangan keseluruhan masih dibuka sehingga 1 Jun 2009. Pendaftaran awal membolehkan anda mendapatkan pelbagai barangan cenderamata yang stok adalah terhad.

*** Masuk Percuma Hari Hackathon ***

Hari Hackthon Sempena MSC Malaysia Open Source Conference 2009 merupakan hari dikumpulkan semua komuniti-komuniti OSS Malaysia. Hari Hackathon pada Ahad. 31 Mei 2009 merupakan acara permulaan kepada persidangan ini. Berlangsung di tempat yang sama, Tkt 14, Berjaya Time Square. dan masuk adalah percuma untuk semua. Maka datanglah beramai-ramai.

Kepada anda yang tidak dapat hadir sepenuhnya hari persidangan, ambil peluang Hari Hackathon untuk bertemu dengan para penceramah-penceramah luar negeri yang tiba lebih awal. Berkenalan dengan penceramah dari PCBSD, Google, Ubuntu, Novell dan ramai lagi.

Ambil peluang untuk belajar dan mengetahui banyak perkara kerana Hari Hackathon menyediakan pelbagai acara serentak. Antaranya :-

Kelas pembangunan perisian dalam OSS, oleh ketua projek Adempire ERP. Menarik untuk anda yang berminat untuk menyumbang dalam dunia OSS atau kepada syarikat-syarikat yang mahu mempelajari pembangunan cara OSS yang kini menjadi "trend" banyak syarikat-syarikat ICT. Anda juga boleh menangi pakej ke mana-mana dalam dunia bagi yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Adempire ERP. Datang sertai untuk mengetahui dan menyertai.

Bagi yang ingin mencuba Sistem Operasi dalam OSS seperti Linux, BSD dan OpenSolaris, sebuah dewan besar disediakan untuk Installfest. Pelbagai pilihan Linux disediakan seperti Ubuntu, Fedora dan OpenSuse. Ini termasuk sistem operasi seperti PCBSD dan OpenSolaris. Jangan terkejut, kerana semua sistem operasi ini mula menguasai pasaran komputer seluruh dunia.

Bagi yang menghadapi masalah dalam penggunaan Linux seperti Ubuntu, Open Suse dan Fedora, dan juga PCBSD, bawa komputer anda dan berjumpa dengan kumpulan pakar dalam komuniti dan semuanya adalah percuma.

Bila lagi, setahun sekali ini komuniti-komuniti Linux dan OSS berkumpul.

Ubuntu turut mengadakan Ubuntu Release Party sempena keluaran Ubuntu versi 9.04 pada malam hari Hackathon. Jemput hadir.

Hari Hackathon turut menjadi hari akhir bagi pertandingan LAMP2WIN. Pertandingan yang mempamerkan kemahiran perserta dalam PHP untuk membolehkan aplikasi PHP menggunakan Microsoft MSSQL. Undi kumpulan yang anda minat, tanya mereka apa yang anda ingin tahu. Yang penting pastikan semuanya menjadi OSS. Kehadiran anda adalah penting.

Bagi anda yang terlibat dengan pembangunan aplikasi web tentulah soal keselamatan adalah keutamaan anda. Server kena crack? Server kena tukar halaman depan, server menghantar email spam semua itu adalah masalah keselamatan. Hari Hackathon menyediakan satu dewan khusus untuk anda bertemu dengan pakar keselamatan dari MyCERT, Cybersecurity. Bawa komputer riba anda dan belajar daripada mereka apa yang anda perlu tahu, Percuma.

Redhat turut menyumbang dengan mengadakan satu acara sehari yang merangkumi pelbagai topik bagi anda yang berminat dengan Fedora. Untuk makluman, topik-topik ini tidak hanya khusus untuk Linux Fedora malah ia boleh disesuaikan Ubuntu, Open Suse dan Linux yang lain, malah PCBSD dan OpenSolaris juga.

Bagi mempelbagaikan lagi Hari Hackathon, Jobstreet turut membuka ruang pendaftaran, penerangan dan bengkel. Daftar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik yang mungkin anda tidak ketahui. Maka apa lagi, dalam ekonomi yang lesu ini masih ada peluang dalam pasaran pekerjaan.

Semuanya percuma pada Hari Hackathon kecuali makan minum anda perlu beli sendiri. :) Makanan dan minuman ringan hanya disediakan kepada peserta berdaftar penuh sepanjang hari-hari persidangan.

Acara kemuncak bagi MSC Malaysia Open Source Conference 2009 adalah perasmian "Open Source Developers Club" di Malaysia atau ringkasnya OSDC.my. Ia akan dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir dan ia merupakan satu permulaan kepada satu usaha membangunkan industri pembangunan perisian Malaysia dalam OSS. Jika sebelum ini kita hanya pengguna, sudah sampai masa untuk menjadi penyumbang.

Buktikan kepada syarikat-syarikat besar seperti Google, RedHat, Novell dan pelbagai lagi. Malaysia Boleh !!!

Secara ringkasnya Persidangan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 ini jangan dilepaskan oleh sesiapa. Sama ada pengguna atau peminat OSS atau tidak ia adalah ruang ilmu untuk meningkatkan lagi kemampuan rakyat Malaysia dalam bidang ICT. Kita boleh buktikan kita mampu dan boleh.

Tiada alasan untuk tidak hadir kerana tiada ada lagi persidangan seperti ini.

Lain-lain rujukan

Portal Sokongan Komuniti OSS Malaysia
http://www.mscoscon.my/

Acara ini disokong oleh OSCC MAMPU
http://knowledge.oscc.org.my/events/msc-malaysia-open-source-conference-2009

Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856

MSC Malaysia Open Source Group
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399

Lamp2win
http://www.lamp2win.com/


Archive
http://blog.harisfazillah.info/2009/05/apa-yang-menarik-msc-malaysia-open.html

Tuesday, April 28, 2009

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 is Open For Registration

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 is Open For Registration

Official Website of MSC Malaysia Open Source Conference 2009 is now fully operational.

Registration is now OPEN...


Don't miss out on one of Malaysia Premier Conference 2009... See you all there.

MSC Malaysia's inaugural and full-fledged Open Source Conference to  incorporate a 'Quadruple play' of 4 crucial stakeholders consisting of government, businesses, developers and community in envisioning open source's contribution to the IT industry and socio-economy.

Organised by MSC Malaysia and MAMPU and jointly supported by the Malaysian Open Source Community and MOSTI, the Conference invites developers, designers, systems administrators, community leaders, innovators, CTOs and CIOs, evangelists and activists, researchers, strategists, and entrepreneurs to lead and contribute during all conference sessions, tutorials and discussions.

Join us

Our Twitter

In the News

Mampu aims to adopt open source tech for cost savings

Sunday, March 29, 2009

MSC Malaysia Open Source Convention 2009

MSC Malaysia Open Source Convention 2009

“How Open Source Software & the community can creatively help survive the impact of economic crisis.”

Add as your event

Joint MSC Malaysia OSSCON Group

Host : MDEC & OSDC & Community



Start: 31hb Mei 2009 pukul 9.00 pagi
End: 03hb Jun 2009 pukul 12.00 pagi

Location: Berjaya Times Square Hotel & Convention Center
Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 60192663835

Email: rafe@osdc.my / rozita@osdc.my

Come join over 600 open source developers, gurus, experts, and users in the first ever MSC Malaysia Open Source Convention in to be held from the 31st May to 3rd of June, 2009 in Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia, congregating open source enthusiasts from not just Malaysia, but from other parts of the world.

MSC OSCON is heralded as the platform for "gathering of tribes" of open source communities, as well as businesses, developers and its’ communities share and show off their thoughts, experiences, ideas and projects. As the meat of the convention is its presentations and discussions, we have allocated 60 speaking slots opportunities. Drawing on a huge community of local, regional and international experts we will discuss some of the most current and poignant topics in the industry today.

MSC OSCON presents a comprehensive agenda, combining content from across the broad spectrum in open source. It is a unique event which collects together a global community into a single location for an intensive week of activity. MSC OSCON provides a great opportunity to take part in a very special event, where ideas mix together with language to create a network of collaboration and creativity.

This convention will include tutorials that go deep into the technology behind open source such as Perl, PHP, Programming, Python, Ruby, Security, Web Applications and much more. This convention will also feature some of the world's foremost thinkers in high technology, intellectual property and knowledge creation, discussing the legal, moral, political, social, commercial, and technical issues of open source and free software.

OSDC.my track

Archive